Agen Coway Pilihan Rakyat Malaysia
ALiFF: 013-3633 200 atau
Sue: 017-337 3310
Promosi Hari Raya Aidil Fitri 2016 ada di sini.

Isnin, 21 Julai 2014

Isu: Tangki Berkarat Punca Bekalan Air Teruk

SIAPAKAH DISINI mengamalkan penukaran tangki mahupun sistem perpaipan dirumah masing-masing??



Tangki Berkarat Tanggungjawab Pengguna

SYARIKAT PEMBEKAL air hanya membuat penukaran sistem perpaipan hingga ke meter sahaja.


Meter Paip - Tanggungjawab pembekal dan pengguna


Keratan Akhbar Utusan

Tangki berkarat punca bekalan air teruk

KUALA LUMPUR 23 Julai - Kualiti air rendah yang diperoleh penduduk Pangsapuri Gombak Fasa 2 adalah disebabkan oleh tangki air dalaman yang tidak pernah dibersihkan.

Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn. Bhd. (Syabas) memaklumkan bahawa pihaknya turut mendapati sistem paip dalaman pangsapuri berkenaan yang uzur turut menjadi punca.

Pengarah Eksekutif Bahagian Hal Ehwal Korporat Syabas, Abdul Halem Mat Som berkata, maklumat berkenaan diperoleh selepas isu berkenaan disiasat setelah ia dilaporkan oleh akhbar pada minggu lalu.

"Pangsapuri Gombak Fasa 2 menerima bekalan air dari Kolam Dusun Kubung menerusi meter pukal yang berada di bawah pengurusan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

"Kakitangan Syabas telah menjalankan pemeriksaan pada tangki sedut dan tangki perkhidmatan pangsapuri berkenaan pada 13 Julai 2010 dan mendapati punca air berkeladak seperti yang tersiar di dalam akhbar adalah disebabkan oleh tangki air dalaman yang tidak pernah dicuci serta sistem paip dalaman yang berada dalam keadaan usang dan berkarat.

"Hasil ujian kualiti air di kedua-dua tangki tersebut mencatatkan kekeruhan adalah di tahap 261, yang mana ia telah melebihi piawaian Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), iaitu kurang dari 5.0 NTU," katanya dalam kenyataan akhbar di sini hari ini.

Syabas juga, ujarnya, turut menjalankan ujian ke atas bekalan air sebelum melepasi meter bagi memastikan kualiti air yang dibekalkan syarikat itu dan keputusan yang diperoleh mendapati tahap kekeruhan adalah 0.93 yang berada dalam lingkungan yang dibenarkan oleh KKM serta tiada perlanggaran fizikal direkodkan.

"Untuk makluman, Syabas sentiasa memastikan kualiti bekalan air yang disalurkan kepada para penggunanya adalah bersih serta menepati piawaian yang ditetapkan oleh KKM.

"Sekiranya terdapat sebarang perlanggaran piawaian, tindakan segera akan diambil oleh Syabas bagi menyelesaikan masalah tersebut.

Justeru itu, katanya, Syabas menasihati pihak pengurusan bangunan Pangsapuri Gombak Fasa 2 agar segera mengambil tindakan dengan membersihkan tangki air perumahan tersebut serta membuat penggantian sistem paip dalaman yang telah berkarat bagi memastikan kualiti air yang disalurkan berada di tahap yang terbaik.

Beliau juga mengingatkan pengguna supaya menjalankan pemeriksaan terhadap sistem paip dalam rumah bagi mengelakkan masalah kualiti air daripada berlaku kerana selain membekalkan air bersih, Syabas hanya bertanggungjawab menyenggara saluran-saluran paip utama di luar sehingga ke meter air premis pengguna sahaja.

"Adalah menjadi tanggungjawab pengguna untuk memastikan saluran paip selepas meter (di dalam premis) sentiasa berkeadaan baik bagi menjamin tahap kualiti air yang memuaskan sama ada menerusi penggantian saluran paip yang lama kepada yang baru ataupun mencuci saluran paip dengan menggunakan kaedah-kaedah yang sedia ada di pasaran," tegasnya.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0724&pub=Utusan_Malaysia&sec=Kota&pg=wk_02.htm#ixzz36RkLCW1D
© Utusan Melayu (M) Bhd

Gambar2 Ihsan dari www.google.com

Isnin, 14 Julai 2014

Isu: Paip Lama Perlu Diganti Secara Berperingkat

TAHUKAH ANDA usia perpaipan bekalan air di Malaysia telah melebihi jangka hayat yang sepatutnya?? Kos untuk menukar paip tersebut pula menelan belanja yang besar dan hanya boleh dilakukan secara berperingkat??

Kesanya ialah air yang keluar dirumah telah dicemari oleh karat dan bahan-bahan berbahaya.

Keadaan paip yang berkarat


Air berkarat dari paip

INIKAH AIR yang akan kita minum dan gunakan setiap hari tanpa dirawat??


Keratan akhbar dari sinar harian.


Datuk Seri Mahdzir Khalid

KUALA LUMPUR - Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air menggesa agar Projek Langat 2 disegerakan bagi membendung masalah air yang kerap berlaku.

Timbalan Menterinya, Datuk Seri Mahdzir Khalid menjawab soalan yang dibangkitkan Datuk Johari Abdul Ghani (BN-Titiwangsa) dan Nasaruddin Tantawi (Pas-Temerloh) berhubung krisis air yang berlaku pada Persidangan Dewan Rakyat, hari ini.

Beliau akui masalah teknikal yang menyebabkan insiden paip pecah ekoran daripada faktor umur paip tersebut. "Projek Langat 2 perlu disegerakan bagi menangani masalah ini. Kita sedar ada beberapa kejadian yang tak dapat kita kawal.

 "Masalah teknikal yang berlaku ekoran faktor umur paip dan perlu ditukar," katanya. Namun, beliau akui pertukaran paip lama itu kepada yang baru memerlukan perancangan bertahap. "Tapi kalau nak ganti semua, saya jangka akan makan jumlah (dana) yang besar. "Jadi, kena buat ikut tahap dari tahap pertama, kedua, ketiga dan keempat," katanya.


Sumber: http://www.sinarharian.com.my/hiburan/isu-air-selangor-paip-lama-perlu-diganti-1.205422

Gambar ikhsan dari www.google.com